Wednesday, September 30, 2009

perjalanan seorang insan

Saat aku terbaring kaku
tanganku basah mengenggam bekalanku
kaki kerdilku sejuk membawa azimat bertahun lalu
aku akan melangkah ke dunia baru
dunia yang aku sendiri tak pasti keindahan atau keperitannya

Aku yang dulunya menjadi insan merantau
merasai nikmat Tuhan walaupun hanya untuk seketika
kadang-kadang aku jadi taksub
lupa,lalai
aku mula terkurung dalam kantung dosa
aku mencuba sesuatu yang membuatkan aku adalah insan yang hina
dimana aku terperangkap dalam penjara kemungkaran
aku melalui hari yang punah sebagai seorang insan

Perjalananku berliku
cabaranku umpama kerikil-kerikil tajam
namun suatu hari aku merasai balasanNya
aku merasa nikmatku ditarik kembali
aku merasai masaku hampir tiba
tapi...kemana destinasi insan sepertiku?
kemana?bagaimana?

Aku merenung jalan penghujung duniaku
ya..siapa aku?
"anakku masih sempat untukmu bertaubat"
mutiara yang keluar dari bibir ibu tua
aku sedar..

Aku merenung kembali kamar sepiku
dimana destinasiku selepas perjalanan ini?
moga aku menjadi insan terpilih selepas taubatku..
moga aku mengerti perjalanan seorang insan bukan mainan untuk aku persiakan..

No comments:

Post a Comment